Friday, 6 September 2013

AWAK ILHAM SAYA : BAB 7 (JODOH)

7
JODOH













            ‘Assalamualaikum.’ Aku memberi salam kepada Husna ketika sampai di rumah. Husna berada di meja makan sambil enak minum kopi agaknya.
            ‘Waalaikummussalam. Lewat kau balik hari ni.’ Husna menyoal sambil mengunyah kacang di dalam mulut.
            ‘Biasalah kerja banyak kat ofis. Tadi lepas habis kerja, aku keluar makan pulak dengan Erina. Kau dah makan?’ Aku menyoal sambil menuang air ke dalam cawan. Aku turut mencapai kacang di dalam balang di atas meja makan.
            ‘Dah tadi. Kesian aku makan sorang-sorang. Bosan tau tak.’ Husna merengek sambil menghirup kopinya.
            ‘Alah sorry lah sayang. Esok kita makan sekali ye.’ Aku memujuk kawanku yang suka sangat merajuk tan tentu pasal ni.
            ‘Kau tu nanti esok pun mesti lambat balik jugak. Tak payah nak janji sangat dengan aku. Dah lah aku ni tak ada boyfriend. Kalau tak mesti ada orang nak teman makan.’ Husna menekankan perkataan ‘boyfriend’. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Husna.
            ‘Kau tu yang jual mahal sangat. Bukannya tak ada orang nak kat kau.’ Aku membalas.
            ‘Cakap orang pandai. Kau tu pun sama.’ Husna membalas sambil menumbuk bahuku perlahan.
            ‘Masalahnya aku tak merungut. Kau tu yang merungut kan.’ Aku membalas dalam nada perli. Tetapi sebenarnya lebih kepada hendak bergurau. Husna sudah mencebikkan bibirnya.
            ‘Tak payah nak buat muka seposen macam tu. Cop cakap pasal boyfriend ni kan. Kau ingat tak budak baju merah yang kau suka sangat tengok tu. Setahun lepas kat KFC masa lepas habis presentation thesis tu. Kau ajak dia duduk semeja dengan kita.’ Tiba-tiba aku teringatkan Taufik. Dalam hati berkira-kira mungkin aku boleh memperkenalkan Husna kepada Taufik. Lepas Harlina, Husna pula yang aku nak padankan dengan Taufik. Ok Amaani Batrisya memang tak ada kerja lain.
            ‘Kau tak payah bagi description panjang berjela tu pun aku boleh ingat lah. Orang sekacak tu mana boleh lupa. Tapi aku tak berapa ingat sangat dah muka dia. Hai kenapa tiba-tiba sebut pasal dia ni? Pelik bin ajaib aku. Bukan ke kau tak berapa berkenan dengan dia. Ingat tak dulu aku pernah nak bagitahu nama dia kat kau. Kau cakap kau tak minat nak amik tau. Lepas tu aku merajuk sejam dengan kau. Ingat tak?’ Aku mengeluh perlahan mendengar bebelan Husna.
            ‘Ye ingat Cik Husna oi. Kau ni membebel je kan. Dengarlah aku nak cerita ni.’ Aku meninggikan sedikit suaraku. Kalau Husna membebel lagi sekali memang aku batalkan niat nak bercerita pasal Taufik.
            ‘Ye ok aku dengar. Semangat nak dengar ni. Cepatlah cerita.’ Husna menegangkan mukanya dan membuat mimik muka excited terlebih nak mendengar cerita aku. Aku hanya menggelengkan kepala. Kawan aku seorang ini bukannya pandai nak serius. Semua benda nak dibuat main-main. Ikutkan hati mahu sahaja aku naik ke atas dan berehat tetapi nanti Husna juga yang akan merengek suruh cerita semula.
            ‘Si baju merah tu sekarang bos aku.’ Pendek mukadimah aku. Aku tersengih memandang Husna yang sudah mengerutkan dahinya.
            ‘Cop, ganti Encik Faizal yang kau kata pergi Dubai tu? Cop si baju merah yang comel giler tu bos kau sekarang? Cop dia comel lagi tak macam dulu?’ Berapa kali ‘cop’ lah si Husna ni nak keluarkan. Soalan pula bertubi-tubi macam nak tembak aku. Mata Husna sudah dibulatkan sebesar bola tenis agaknya.
            ‘Ye ganti Encik Faizal. Ye si baju merah yang kau cakap comel sangat tu. Entah tang mane yang comel, aku pun tak tahu. Dan manalah aku tau dia comel macam dulu ke tak. Aku bukannya pergi kaji muka dia setahun lepas.’ Aku membalas dengan perasaan sedikit geram. Mahu juga aku cubit kawan aku seorang ni.
            ‘So, macam mana kerja dengan dia?’ Husna menyoal penuh ingin tahu.
            ‘Macam biasalah kerja. Macam kau tak tahu pulak kerja aku macam mana.’ Aku membalas kehairanan. Tangan masih sibuk mengambil kacang di dalam balang.
            ‘Memanglah aku tau. Maksud aku apa perasaan kerja dengan bos comel. Dah terusik sikit pintu hati kau yang ketat nak bukak macam kena kunci dengan mangga 30 inci tu?’ Perumpamaan apa pula yang Husna mengarut ni.
            ‘Yang kau mengarut pasal hati ni kenapa pulak. Tak ada masa aku nak bermain hati, jantung, hempedu semua tu. Aku ni cerita kat kau pasal dia sebab mana tau satu hari nanti aku boleh kenalkan kau dengan dia. Dia tu baiklah. Sesuailah dengan kawan baik aku ni. aku tumpang bahagia tau.’ Aku sudah tersenyum-senyum memikirkan itu semua.
            ‘Kau tak payah nak senyum kambing berangan pasal aku.’ Husna mencuit bahuku. Hancur berkecai angan-angan yang baru aku reka.
            ‘Apa salahnya. Kau kan suka dia, kata dia comel.’ Aku memberi alasan.
            ‘Cakap orang tu comel tak bererti kita suka orang tu kan. Ceritalah apa yang jadi kat ofis kau. Mesti ada jugak perkara yang berlaku kan. Takkan lah punya lama die tenung kau kat KFC hari tu dia boleh lupakan kau macam tu je.’ Kata-kata Husna membuatkan aku hampir tersedak.
            ‘Kau pun nampak dia tenung aku?’ Aku menyoal kehairanan.
            ‘Mestilah nampak. Aku duk sibuk jeling dia kot. Dia pulak duk sibuk pandang kau yang tak habis-habis dengan ayam kau je.’ Husna menambahkan lagi perasaan pelikku. Taufik ni kena sumpahan apa sampai dia nak sangat tengok aku. Gila agaknya mamat seorang ni.
            ‘Kau tak pernah cakap pun.’ Aku buat suara merajuk.
            ‘Macam mana aku nak cakap kalau setiap kali aku nak cerita pasal budak comel tu kau asyik cakap tak minat nak amik tau.’ Tepat terkena batang hidungku sendiri kata-kata Husna itu.
            ‘Ok yelah. Aku salah. Sorry.’ Aku seperti biasa menayangkan barisan gigiku.
            ‘Tak payah nak buat iklan Colgate kat aku. Tak laku lah.’ Husna mencuit lembut pipiku.
            ‘Tapi kan cop, macam mana kau boleh tau dia orang yang sama?’ Husna meneruskan kata-katanya.
            ‘Ish mestilah aku tak ingat dia. Sikit pun aku tak ingatlah. Dia yang bagitahu aku sendiri. Tak tahu dia tu pakai otak apa sampai boleh ingat muka aku yang tak berapa nak comel ni. Terlebih genius agaknya.’ Aku menjawab pertanyaan Husna dengan jujur.
            ‘Aku dah agak. Kalau nak harapkan kau ingat memang tak mungkin lah kan. So apa yang jadi selama seminggu dia jadi bos kau?’ Nampaknya Husna masih tidak berputus asa untuk mengetahui kisah-kisahku bersama Taufik. Aku mengeluh perlahan sebelum bercerita.
            Aku menceritakan semua yang berlaku antara kami termasuklah panggilan Taufik kepadaku. Peristiwa di surau, kopi, kunci jatuh serta peristiwa siang tadi yang membolehkan aku mengetahui Taufik adalah si baju merah yang kami jumpa setahun yang lepas. Husna bagaikan begitu teruja mendengar ceritaku. Aku sendiri tidak faham apa yang seronoknya dengan cerita aku. Rasa macam boring dan remeh sahaja tetapi aku tetap ceritakan kepada Husna memandangkan dia kawan baikku. Memang antara kami tiada rahsia jadi tidak salah berkongsi cerita dengan Husna.
            ‘Kau tak rasa ke kau ada jodoh dengan dia?’ Husna mula memancingku dengan sangkaan mengarutnya.
            ‘Kau jangan nak mengarutlah. Aku dengan dia ni macam pipit dengan enggang tau tak. Dia tu dah lah anak pemilik Xenia Berhad. Anak tunggal jadi bermakna pewaris tunggal Xenia Berhad. Aku ni cuma orang kampung biasa-biasa je. Status keluarga kami jauh berbeza.’ Aku membebel kali ini. Teringat latar belakang keluargaku. Ayahku cuma seorang peladang yang mempunyai kebun sawit dan beberapa buah kebun lain. Taufik pula anak seorang jutawan. Memang jauh berbeza.
            ‘Kau jugak yang cakap jodoh tu Allah yang tentukan jadi tak kiralah siapa dia dan kau. Kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi betul ke dia anak Datuk Fauzi? Ok memang cun lah. Dahlah kacak, baik, anak orang kaya pulak tu. Dan yang paling penting dia macam suka kat kau. Walaupun tak luah, tapi aku dapat teka lah dari cerita kau tu. Kau ni kan, orang punya sempurna depan mata kau pun kau tak pandang. Tak faham aku hati kau ni buat daripada apa.’ Husna menggeleng-gelengkan kepalanya setelah habis membebel. Sebelum aku dengar bebelannya yang lain pula lebih baik aku naik ke bilik dan berehat. Badan pun sudah terasa penat.
            ‘Dah lah, tak nak dengar kau bebel. Aku nak naik atas mandi.’ Aku beredar ke sinki untuk membasuh cawan.
            ‘Kau ni orang nasihat cakap bebel.’ Husna juga bangun dan menuju ke sinki. Aku hanya memberikan senyuman kambing kepadanya sebelum berlalu naik ke tingkat atas.
            Sampai ke tingkat atas aku terus membuka tudung. Kepala sudah terasa pening kerana langsung tidak berehat sepanjang hari. Aku mengambil telefon di dalam beg. Sebelum mandi nak telefon mak dulu. Aku mendail nombor mak dan menunggu panggilan dijawab.
            ‘Assalamualaikum Angah.’ Aku tersenyum mendengar suara mak. Suara yang selalu dirindui.
            ‘Waalaikummussalam mak. Tengah buat apa?’ Seperti biasa aku menyoal.
            ‘Tengah tengok TV je dengan ayah. Angah dah makan belum ni?’ Soalan wajib mak setiap kali telefon.
            ‘Dah mak. Tadi makan dengan kawan kat ofis. Ni pun baru sampai rumah. Mak masak apa hari ni?’ Rindu pula pada masakan mak. Sudah 3 minggu aku tidak pulang ke kampung.
            ‘Rendang daging dengan sayur goreng je. Adik kata anak mak dua orang ni nak balik minggu ni? Betul ke?’ Mak menyoal lagi.
            ‘Ye mak. Owh Adik dah telefon mak ye? Nanti macam biasa Angah amik Adik dulu dekat kolej lepas tu terus balik rumah. Rindu nak makan masakan mak. Kalau boleh nak balik tiap-tiap minggu. Tapi kerja banyak.’ Aku mengadu seperti biasa.
            ‘Buat kerja elok-elok. Mak faham Angah sibuk. Kalau boleh nak tengok anak-anak mak tiga orang ni tiap-tiap hari. Tapi Adik nak belajar, Angah pun nak kerja.’ Aku mengeluh seperlahan mungkin mendengar kata-kata mak. Ibu mana yang tak rindukan anak-anak. Walau sehari tak jumpa pun dah boleh rindu sebenarnya.
            Dahulu ada juga Adik dan Along yang sentiasa ada dengan mak dan ayah. Kini hanya Along yang tinggal bersama mak dan ayah setelah Adik berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Mujur juga Adik dekat denganku jadi senanglah kami pulang ke kampung bersama-sama.
            ‘Angah pun rindu sangat kat mak dengan ayah. Tak sabar nak peluk mak.’ Aku ketawa perlahan.
            ‘Ye lah. Dah lah pergi berehat. Dah penat sehari bekerja kan. Sampaikan salam mak pada Husna. Jaga diri baik-baik.’ Mak sempat berpesan.
            ‘Ok mak. Sampaikan salam Angah kat ayah dengan Along jugak. Nanti esok ke lusa Angah telefon lagi ye. Assalamualikum mak.’ Dengan lembut aku memberi salam.

            ‘Waalaikummussalam sayang.’ Mak mengakhiri perbualan kami. Aku tersenyum lega. Sudah menjadi kewajipan aku untuk menelefon mak dua hari sekali bagi melepaskan kerinduan. Aku meletakkan telefon di atas meja solek dan terus mencapai tuala untuk mandi. Badan sudah tidak mampu berbuat apa-apa jadi selepas mandi aku akan terus solat dan tidur.

No comments:

Post a Comment