1
SI
BAJU MERAH
Aku
menghirup air berais yang baru diletakkan di atas meja dengan agak laju. Rasa
begitu puas sekali apabila kedinginan air menghilangkan rasa dahagaku ini.
“Uit anak dara minum perlahan lah
sikit. Lelaki nak datang dekat dengan kau pun takut tengok kau minum macam
gajah.” Husna menegurku. Aku hanya tersenyum menampakkan semua barisan gigiku.
Tidaklah putih sangat tetapi sekurang-kurangnya lengkap semua gigi. Aku
langsung tidak kecil hati dengan teguran Husna. Memang kami sentiasa jujur
meluahkan perkataan tanpa fikir perlu berlapik dan sebagainya.
Setelah
habis kelas tadi, kami terus keluar ke Setia City Mall. Niat di hati memang
ingin menonton wayang bagi melepaskan segala bebanan dan tekanan untuk presentation projek akhir. Setelah sampai
di Setia City Mall kami terus menapak ke kaunter tiket wayang dan kebetulan
filem yang ingin ditonton telah mula ditayangkan, jadi mahu atau tidak kami
terus berlari masuk ke dalam panggung tanpa sempat makan tengahari dan inilah
akibatnya. Dahaga yang teramat sangat. Lapar masih boleh ditahan.
“Cop
Nini, cuba tengok budak lelaki yang pakai baju merah kat kaunter tu. Comel giler kot.” Husna tersenyum-senyum
sambil sibuk memandang ke arah kaunter. Aku memang sudah masak dengan perangai
kawan baik aku yang seorang ini. Pantang nampak lelaki comel atau ‘jambu’
mulalah mata tidak boleh lepas pandang. Namun, masih tetap solo tanpa teman
lelaki. Alasannya mahu pilih yang terbaik dan aku sangat sependapat dengan
Husna tentang bab ini. Biarlah hati kita diberikan pada yang terbaik dan tidak
sewenang-wenangnya diserahkan pada mana-mana lelaki. Bak kata Ustaz Azhar Idrus
orang yang tak couple ni bukannya tidak
laku tetapi cintanya adalah limited
edition dan hanya untuk yang halal. Sempat lagi aku tersenyum sambil
teringat kata-kata keramat itu.
“Makcik.
Yang kau senyum kambing sorang-sorang
ni kenapa. Aku suruh kau tengok budak
yang aku cakap tu tak mahu. Sibuk pula berangan. Dah sampai mana? Korea,
Kanada” Husna mencuit bahuku sambil membebel panjang. Ish Husna ni kacau
betullah.
“Aku
bukan beranganlah. Aku teringat kata-kata Ustaz….”
“Eh
budak tadi datang arah sini lah. Dia dengan kawan dia lagi seorang. Aku rasa
macam dia tak ada tempat nak duduk je. Tengoklah semua tempat dah penuh kot.
Nini, boleh tak kita ajak dia duduk sekali. Alang-alang meja kita ni muat enam
orang tapi kita duduk berdua je. Boleh kan?” Husna menunjukkan senyuman kambing
ke arahku. Geram juga aku hendak mencubit pipi Husna. Belum aku habis bercakap
sudah dipotong dan kemudian memandai hendak mengajak orang asing duduk makan
sekali. Namun, jika tidak ditunaikan pasti dia akan merengek setelah pulang ke
kolej nanti. Aku mengangguk dengan malas sekali dan Husna tersenyum lebar.
“Erm,
awak baju merah.” Husna dengan selamba memanggil. Dan lelaki tersebut terus
menoleh ke arah kami. Aku sempat mengerling wajahnya dalam sesaat dan
cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Malas ingin mentafsir wajah
orang. Biarlah, dia pun ada hidung, mata, telinga macam aku.
“Saya
ke?” Dia bertanya kehairanan.
“Ya
awaklah. Awak cari tempat duduk ke? Kalau tak kisah boleh duduk dekat sini je.
Lagipun kami berdua. Maaflah meja untuk dua orang dah penuh jadi kami terpaksa
pilih meja yang ni. Lagipun saya tengok semua meja dah penuh. Kalau nak tunggu
orang siap makan, lambat pula awak berdua boleh makan.” Husna membebel panjang.
Macamlah budak dua orang ni nak sangat dengar penjelasan Husna. Aku hanya
mengeluh perlahan.
“Boleh
juga. Terima kasih. Tapi tak mengganggu awak dan kawan awak ke” Lelaki tadi kedengaran
teragak-agak. Dah orang ajak duduk tu duduk saja lah. Nanti aku ubah fikiran
tak bagi duduk, baru padan muka kena berdiri tunggu giliran.
“Mestilah
boleh. Kami tak kisah. Sila sila.” Sila sila, mahu juga aku silatkan si Husna. Aku tetap tidak mengendahkan mereka
dan buat-buat sibuk mengunyah kentang goreng di dalam mulut. Hilang selera
makan aku. Nampaknya ayam goreng perlu dibawa balik.
Salah
seorang dari mereka mengambil tempat di sebelahku. Aku sempat mengerling ke
tepi. Kawan si baju merah rupanya. Jadi si baju merah duduk di sebelah Husna.
Berbungalah hati kawan baik aku.
“Awak
berdua student ke?” Si baju merah
bertanya. Nak buat-buat mesra kononnya. Mesti sengaja mahu balas budi bagi
duduk. Aku tidak memandang wajahnya langsung. Biarlah Husna yang layan segala
persoalan yang sedang ditanya atau bakal ditanya nanti. Sendiri buat, sendiri
tanggung. Tapi aku rasa Husna lagi suka.
“Aah
belajar lagi. In sha Allah ni semester akhir.” Husna membalas.
“Dua-dua
semester akhir?” Si baju merah bertanya lagi. Banyak pula soalan dia.
“Aah.
Kami sekelas. Bukan setakat tu, sebilik lagi tu dekat kolej.” Husna menjawab.
Aku agak tidak setuju dengan jawapan Husna yang begitu jujur. Baru pertama kali
kenal dengan orang, terus bercerita hal-hal sebegitu. Aku mengerling Husna agak
tajam sambil menggeleng-gelengkan kepala. Husna buat-buat tidak faham dengan
mengangkat kening. Mahu juga aku cubit Husna tetapi aku malas melayan dan terus
sambung minum air yang masih berbaki separuh.
“Maaflah.
Kawan saya ni tak biasa dengan lelaki. Kawan lelaki pun tiada, jadi dia kekok
sedikit dan malu-malu juga.” Eh aku pula yang kena. Mukaku sudah berubah merah.tetapi
bagi mengelakkan keadan bertambah kekok, aku mula bersuara.
“Eh
tak apa. Makan dan berborak je. Saya tak kisah. Anggap je saya tak wujud kat
sini.” Aku akhirnya bersuara sambil melemparkan senyuman yang agak tidak ikhlas
ke arah mereka berdua. Namun mereka membalas senyumanku dengan agak ikhlas.
Rasa bersalah pula tetapi biarlah. Ada aku kisah.
“Awak
berdua ni belajar lagi juga?” Husna cepat-cepat memancing perbualan baru. Aku
lega. Bermakna aku sudah tidak menjadi perhatian mereka lagi.
“Masih
belajar lagi. Saya dah tahun akhir. Kawan saya pula semester hadapan masuk
tahun akhir.” Kawan si baju merah menerangkan. Tak tanya pun semester berapa,
sibuk pula bagitahu.
“Owh
jadi mesti lagi muda dari kami berdua. Umur berapa?” Husna lebih-lebih pula
tanya umur.
“22
tahun. Awak berdua?” Kawan si baju merah menjawab dan menyoal semula.
“Kami
23 tahun. Kira kami kakak lah ni.” Husna tergelak kecil.
“Beza
setahun je. Tak perlu panggil kakak kot.” Kawan si baju merah menjawab lagi dan
kali ini giliran dia pula tergelak.
“Setahun
pun tetap kakak ye. Sila panggil kami berdua kakak ye adik berdua.” Opps aku
tiba-tiba bersuara dan sempat menjegilkan mata ke arah kawan si budak merah.
Dia kelihatan terkejut. Tahu juga takut. Jangan main-main dengan Amaani
Batrisya binti Lukman. Ingat aku diam, aku bukan garang.
“Nini,
garangnya. Tak baik lah. Maafkan kawan saya ni. Kadang-kadang dia memang garang
sikit tapi dia baik hati. Kawan baik saya”’ Husna cuba memperbaiki keadaan.
Sempat lagi memujiku. Aku cuba mengawal diri dari tersenyum.
“Hello and goodbye…..” Kedengaran
telefonku berbunyi. Lagu Hello and
Goodbye nyanyian MyName berbunyi. Oh hero-heroku telah menyelamatkanku dari
keadaan tidak diingini ini. Aku melihat skrin telefon bimbitku. Tertera nama
Aina, rakan sekelas kami. Pasti ingin bertanya berkaitan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah kami semalam.
“Excuse me for a while.” Aku mula bangun.
Ayat nampak macam berlagak. Macamlah aku diperlukan sangat dalam perbualan
mereka. Aku beredar dan memilih tempat yang agak tersorok sebelum mengangkat
panggilan tersebut.
“Hello
Aina.”
“Hello
Nini. Kau kat mana?” kedengaran suara Aina.
“Aku
ada kat luar dengan Husna. Kenapa?” Aku bertanya kehairanan. Pasti ada sesuatu
yang ingin dipinta Aina.
“Owh
kalau kau ada kat luar tak apa lah.” Suara Aina sedikit kecewa.
“Lah,
aku nak balik dah pun kejap lagi. Ada apa ni. Cakap je lah. Macam tak biasa pula
dengan aku.” Aku memujuk.
“Betul
ke kau dah nak balik? Sebenarnya macam ni, kakak aku datang dari Penang. Kejap lagi
sampai stesen bas tapi tak ada orang nak jemput sebab kakak aku lagi seorang
tengah kerja. Kalau nak minta kau tolong jemputkan kakak aku boleh?” Aina
menerangkan dengan panjang lebar. Aku sudah mengagak pasti berkaitan kereta.
Aku menarik nafas perlahan sebelum menyambung perbualan.
“Boleh.
Kejap lagi aku sampai kolej aku ambil kau dan lepas tu kita jemput kakak kau
kat stesen bas.” Aku terus bersetuju tanpa banyak dalih.
“Terima
kasih Nini. Kau lah sahabat aku paling baik. Sayang kau lebih. Nanti dah sampai
kolej mesej aku ya.” Kedengaran suara Aina yang ceria. Aku tersenyum.
Sekurang-kurangnya aku boleh membuatkan orang gembira dan membantu mereka di
saat mereka susah. Walaupun sebenarnya terlintas di fikiran ini yang mereka
sekadar mengambil kesempatan terhadapku. Malahan Husna juga telah mengingatkan
aku berkali-kali tentang hal berkaitan kereta. Dia kadang-kadang kasihan
melihat aku yang ke hulu ke hilir membantu kawan-kawan kami yang memerlukan
kereta. Namun aku tidak kisah dengan semua itu, biarlah aku menolong setakat
yang termampu. tidak salah menolong orang. Allah sentiasa memberi ganjaran yang
baik untuk hambanya yang ikhlas memberi dan membantu orang lain.
“Adik,
tumpang lalu.” Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun mematikan aku
dari lamunanku.
“Owh,
maafkan saya kak.” Aku memberi tunduk hormat. Patutlah, rupa-rupanya aku
berdiri betul-betul di tepi sinki. Boleh pula tidak perasan tadi. Aku kembali
ke meja kami. Husna nampak begitu rancak berbual dengan kawan si baju merah. Si
baju merah hanya diam, namun kadang-kadang tergelak kecil mendengar perbualan
mereka.
“Husna, dah kenyang?” Aku bertanya
selamba. Nampak seketul ayam Husna telah tinggal tulang. Husna biasanya hanya
makan seketul ayam jika kami makan di KFC. Jadi, boleh lah kami pulang ke
kolej.
“Kenapa?” Husna menyoal kehairanan.
Pasti sudah mengagak ada maksud tersirat di sebalik pertanyaanku.
“Jom balik.” Aku menjawab pendek.
“Cepatnya. Ayam aku tak sempat hadam
lagi ni.” Husna merengek manja. Geram betul aku dengan Husna. Suka benar
lama-lama di sini.
“Ayam kau tu boleh hadam dalam
kereta nanti. Jom balik.” Dengan selamba aku membalas tetapi nadaku tegas.
Entah kenapa budak lelaki dua orang tadi tergelak. Tetapi aku malas hendak
menegur dan hanya membiarkan mereka terus ketawa. Biarlah mereka hendak gelak pun,
bukan jumpa lagi nanti.
“Ni mesti ada sesuatu kan? Baik
bagitahu aku.” Husna kedengaran tegas. Pasti dia sudah dapat mengagak apa yang
berlaku.
“Siapa pula yang minta tolong dengan
kau kali ni? Amaani Batrisya boleh tak jangan baik sangat dengan orang. Ini
orang minta tolong je kau setuju. Tak penat ke jadi peti pertolongan cemas
bergerak untuk orang? Cuba cakap kau tak boleh tolong. Kau sibuk ke. Kau ada date ke. Ni main setuju je.” Husna
membebel panjang. Aku menyepetkan mata dan memandang Husna. Husna seperti
mengerti dan dia terus bangun. Akur dengan permintaanku.
“Ok lah, akak pergi dulu ya. Seronok
dapat borak dengan adik berdua. Bye.”
Husna sempat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua. Aku pula sudah
laju berjalan di hadapan. Husna berlari kecil mengejarku.
“Kau ni lajunya jalan. Tunggulah
aku.” Husna memegang lenganku sambil menarik nafas perlahan.
“Kalau aku tunggu tadi mahu lama
lagi kau kat situ. Nak beramah mesra dengan budak dua orang tu kan.” Aku
menjeling Husna sambil tersenyum. Husna mencubit perlahan lenganku.
“Alah bukannya selalu. Yang paling
penting aku dah tahu nama yang comel tu. Silap-silap tadi boleh dapat nombor
dia lagi. Tapi kau lah cepat sangat ajak aku balik. Rugi betul.” Husna sudah
mula merengek. Ikutkan hati mahu sahaja aku cubit Husna, tetapi nanti mahu dia
menjerit dalam mall. Aku juga yang
malu.
“Cuba kawal sikit tindakan tu. Ni
cepat sangat nak minta nombor orang. Dah lah baru pertama kali jumpa. Buatnya
orang tu jahat macam mana.” Aku membalas.
“Comel macam tu takkan lah orang
jahat. Logik lah sikit Nini.” Husna menyangkal.
“Habis kau ingat semua orang jahat
tak comel, tak kacak. Kadang-kadang muka yang comel, kacak tulah digunakan
untuk menipu orang.” Aku tidak mahu kalah.
“Ya lah Cik Amaani. Orang jahat ada
berbagai rupa. Puas hati?” Husna akhirnya mengaku kalah.
“Dah lah tak payah nak merajuk
sangat. Ingat comel sangat lah tu.’ Aku memujuk kembali. Sudah terbiasa dengan
keadaan seperti ini.
“Bila pula aku merajuk. Nanti merajuk
betul-betul padan muka.” Husna mencebikkan bibirnya kali ini. Dan aku hanya
tersenyum. Malas melayan perangai kawan baikku yang kadang-kadang manja
terlebih.
“Siapa yang telefon tadi?” Husna
mengalih topik perbualan.
“Aina.”
“Dia lagi? Bukan semalam baru dia
minta kau tolong hantar dia beli barang. Hari ni apa pula yang dia minta”’
Husna kedengaran tidak puas hati.
“Biarlah Husna. Lagipun aku kasihan
tengok dia. Kau pun tahu kan dia bukannya orang senang. Jadi apalah salahnya
kita tolong dia mana termampu. tak salah kan tolong orang.” Aku menjawab penuh
hemah.
“Memang lah tak salah tapi cuba
fikir pasal diri kau tu sikit. Tak penat ke. Orang lain dah tidur, dah enjoy lepas habis presentation tadi. Kau pula nak kena tolong orang lagi. Aku ni
kasihan kan kau.” Kata-kata Husna sudah cukup membuktikan dia risaukan aku.
“Kawan aku ni memang baik. Selalu
risaukan aku ya. Nanti kalau aku tak larat aku tak tolong orang dah.” Aku
menjawab pendek sambil melentokkan kepala ke bahu Husna. Memang sudah menjadi
hobi aku melentokkan kepala di situ. Tinggi Husna 165cm dan aku hanyalah 155 cm
jadi lebih mudahlah aku menyampaikan hajatku itu. Kami terus pulang ke kolej
selepas itu.
ngeee,my twin~
ReplyDeleteeven u're my twin n people might said alah komen skdr nk sdpnkan ati adik sndri
but
honestly, permulaan yg baiklah, n it makes me LOL~
sekian~
buwekkkk~
cepat siapkan~
ehe.. comeyyyy~ =p
ReplyDeletethanks a lot bce.syg kmu lebih^^
Delete@my twin haha thanks .speechless.kakaka.
ReplyDelete@biha thanks a lot bce.syg kmu lebih^^